Breaking News

Monday, 25 August 2014

Info Kereta Yang Harus Di Ketahui Pemilik Kereta di Malaysia

By on 03:23
1. Minyak hitam - Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5000kmMinyak Synthetic - 7500km hingga 10000 kmDalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book.Boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan.Kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong. Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok. Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch.

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali. Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu : Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000ccCorolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600ccVios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Wednesday, 27 November 2013

Ducati Malaysia Buka Pusat Servis di Pinang

By on 22:49

Kamu seorang peminat motosikal berkuasa tinggi Ducati? Sudah pasti para peminat Ducati Malaysia terutamanya di Pinang akan seronok apabila mendengar bahawa Ducati sudah membuka Pusat Servis 3S mereka sendiri di Pinang. Ikuti berita selanjutnya melalui Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
Georgetown: Next Bike Sdn Bhd (Next Bike) pengedar tunggal Ducati Malaysia membuka Pusat 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya di wilayah utara.
Pembukaan itu membabitkan pelaburan berjumlah RM1.5 juta di atas kawasan seluas kira-kira 10,000 kaki persegi di bangunan empat tingkat di Jalan Datuk Keramat, menjadikannya yang pertama di wilayah utara dan juga keempat di seluruh negara selepas dua di Kuala Lumpur dan satu di Sungai Buloh, Selangor. 

“Pusat 3S ini adalah yang keempat dilancarkan di Malaysia dan menjadi yang pertama di kawasan wilayah utara ini kerana wilayah ini khususnya Pulau Pinang mempunyai pasaran besar dan mempunyai ramai pemilik motosikal Ducati,” katanya selepas majlis perasmian Pusat 3S itu, di sini, semalam.
Foto
NIK Danial (kiri) bersama Pierfrancesco (kanan, duduk) melihat model Ducati di ruang pameran Pusat 3S Ducati di Pulau Pinang.

Hadir sama Pengurus Besar Ducati Asia Pierfrancesco Scalzo, Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd C W Juan dan Pengarah Ducati Penang Kheoh Hock Seng.

Pusat 3S terbabit menyediakan bilik pameran lengkap dengan pelbagai model terbaru motosikal jenama itu termasuk Monster, Diavel, Hypermotard, Hyperstrada, Multistrada, 899 dan Panigale 1199 Panigale. 

Nik Danial berkata, Pusat 3S Ducati di Pulau Pinang itu mampu menyediakan akses kepada jenama yang terkenal di dunia serta menawarkan gaya hidup premium kepada pelanggan dan bakal pelanggan di negeri itu dan juga wilayah utara. 

“Kami akan membuka Pusat 3S di Johor Bahru dan Kuching dan merancang memperluaskan cawangan ke Pantai Timur pada 2015.” katanya.

Kereta Curi Malaysia Dilelong di Dubai.

By on 21:31
Kuala Lumpur: Kebanyakan kereta curi yang diseludup ke luar negara, dari negara ini dipercayai didagangkan sebagai kenderaan terpakai di beberapa pusat lelongan di Dubai.

Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata beliau pernah mengunjungi pusat itu di luar pusat bandar Dubai untuk meninjau kenderaan terpakai untuk diimport ke Malaysia. 


Sumber-Berita Harian

Filipina Dilanda Taufan Sebab Roboh Masjid?

By on 21:09

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Pasay City, Manila pada 30 September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 314km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
Taufan Haiyan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan – Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Tukar MyKad Baru, KDN

By on 19:52
(gambar dari berita harian)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia spaya bertukar kepada MyKad yang baru kerana ianya lebih berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi tujuan mengelakkan dari dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antara kelebihan MyKad baru tersebut adalah
  • Cetakan pelangi: memantulkan cahaya pelangi apabila terkena cahaya.
  • Tulisan laser: No MyKad akan dituris melalu laser
  • Perlindungan Anti Salinan: Lambang Multimedia Corridor
  • Imej Turisan Laser: Gambar ke-2 pemilik MyKad
  • No MyKad dituris dengan laser di gambar pemilik MyKad untuk mengelaj myKad ditoreh.
  • Sinaran Ultra Ungu (UV): MyKad mempunyai pelbagai variasi warna apabila di terkena cahaya.
  • Cip kapasiti: 80 mb
Di harap penambahbaikan terhadap MyKad baru ini dapat mengurangkan berlakunya pemalsuan kad pengenalan negara kita dan dapat melindungi maklumat peribadi yang terdapat di dalam MyKad kita.

Sudahkan anda bertukar kepada MyKad baru? Sila kongsikan bersama kami. 


Siasat Gambar Lucah Pelajar, JAIP

By on 02:45
Gambar lucah pelajar yang dimuat naik ke dalam facebook.

Apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Sampaikan sanggup tayang aurat dan aib sendiri untuk tatapan rakan-rakan di facebook dan mungkin juga ahli keluarga masing-masing. Cuba bayangkan betapa malunya ibu-bapa kedua belah pihak tersebut jika melihat gambar yang dimuat naik oleh pelajar tersebut.

Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) perlu menyiasat perkara tersebut berikutan penyebaran gambar lucah sepasang pelajar di universiti negeri tersebut. Gambar tersebut di muat naik ke facebook melalui profil pelajar perempuan tersebut, dan dipercayai dimuat naik semasa berada di sebuah pusat peranginan di sekitar Pahang.

Di katakan juga mereka ada mencabar kewibawaan JAIP, dan melalui kesalahan tersebut, mereka mengatakan denda RM3000 oleh JAKIM tidak dapat menghalang mereka dari terus membuat maksiat.

Ingin berkongsi maklumat? Sila kongsikan di ruang komen di bawah.




KWSP Raih RM10.11B Suku Ke-3 2013

By on 02:18

Meningkat 44 peratus suku ketiga didorong pasaran ekuiti

Berita Harian - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan RM10.11 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 44 peratus daripada RM7.02 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. 

Berikutan pencapaian itu, pendapatan pelaburan terkumpul yang diraih pengurus dana pencen itu bagi tempoh sembilan bulan tahun ini ialah RM24.87 bilion, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi daripada RM22.42 bilion pada tempoh sama tahun lalu. 

Pada suku pertama lalu, KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan RM5.6 bilion. Pendapatan pelaburannya pada suku kedua pula ialah RM9.16 bilion. 


Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pencapaian kukuh yang dicatatkan pada suku ketiga itu didorong terutama oleh pengukuhan pasaran ekuiti tempatan dan luar negara serta peningkatan ketara jumlah dagangan. 

Beliau berkata, KWSP juga menerima manfaat daripada bayaran dividen lebih tinggi daripada syarikat senaraian awam yang dilaburnya berikutan pencapaian mereka yang kukuh. 

Dalam tempoh suku dikaji, pelaburan dalam ekuiti terus menyumbang pendapatan lebih tinggi kepada KWSP, iaitu sebanyak RM5.71 bilion, naik RM3.37 bilion berbanding RM2.34 bilion dalam tempoh sama pada 2012. 

Pendapatan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur pula naik kepada RM429.16 juta berbanding RM54.62 juta pada suku ketiga 2012, meneruskan pertumbuhan kukuh yang dijana segmen itu sejak suku pertama tahun ini. 
Shahril Ridza berkata, pendapatan lebih tinggi daripada pelaburan dalam ekuiti itu membantu mengimbangi penurunan pendapatan daripada pelaburan dalam pinjaman dan bon yang berjumlah RM2.28 bilion, lebih rendah berbanding RM3.06 bilion pada suku ketiga 2012. 

Penurunan itu, katanya sejajar dengan kemerosotan dalam hasil bagi bon dan pinjaman matang yang dilaburkan semula dan pendapatan tinggi yang diperoleh pada suku ketiga 2012 berikutan urus niaga sekali saja yang tidak berulang pada suku ketiga 2013.


Berita Harian