Wednesday, 27 November 2013

Ducati Malaysia Buka Pusat Servis di Pinang

By on 22:49

Kamu seorang peminat motosikal berkuasa tinggi Ducati? Sudah pasti para peminat Ducati Malaysia terutamanya di Pinang akan seronok apabila mendengar bahawa Ducati sudah membuka Pusat Servis 3S mereka sendiri di Pinang. Ikuti berita selanjutnya melalui Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
Georgetown: Next Bike Sdn Bhd (Next Bike) pengedar tunggal Ducati Malaysia membuka Pusat 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya di wilayah utara.
Pembukaan itu membabitkan pelaburan berjumlah RM1.5 juta di atas kawasan seluas kira-kira 10,000 kaki persegi di bangunan empat tingkat di Jalan Datuk Keramat, menjadikannya yang pertama di wilayah utara dan juga keempat di seluruh negara selepas dua di Kuala Lumpur dan satu di Sungai Buloh, Selangor. 

“Pusat 3S ini adalah yang keempat dilancarkan di Malaysia dan menjadi yang pertama di kawasan wilayah utara ini kerana wilayah ini khususnya Pulau Pinang mempunyai pasaran besar dan mempunyai ramai pemilik motosikal Ducati,” katanya selepas majlis perasmian Pusat 3S itu, di sini, semalam.
Foto
NIK Danial (kiri) bersama Pierfrancesco (kanan, duduk) melihat model Ducati di ruang pameran Pusat 3S Ducati di Pulau Pinang.

Hadir sama Pengurus Besar Ducati Asia Pierfrancesco Scalzo, Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd C W Juan dan Pengarah Ducati Penang Kheoh Hock Seng.

Pusat 3S terbabit menyediakan bilik pameran lengkap dengan pelbagai model terbaru motosikal jenama itu termasuk Monster, Diavel, Hypermotard, Hyperstrada, Multistrada, 899 dan Panigale 1199 Panigale. 

Nik Danial berkata, Pusat 3S Ducati di Pulau Pinang itu mampu menyediakan akses kepada jenama yang terkenal di dunia serta menawarkan gaya hidup premium kepada pelanggan dan bakal pelanggan di negeri itu dan juga wilayah utara. 

“Kami akan membuka Pusat 3S di Johor Bahru dan Kuching dan merancang memperluaskan cawangan ke Pantai Timur pada 2015.” katanya.

Kereta Curi Malaysia Dilelong di Dubai.

By on 21:31
Kuala Lumpur: Kebanyakan kereta curi yang diseludup ke luar negara, dari negara ini dipercayai didagangkan sebagai kenderaan terpakai di beberapa pusat lelongan di Dubai.

Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata beliau pernah mengunjungi pusat itu di luar pusat bandar Dubai untuk meninjau kenderaan terpakai untuk diimport ke Malaysia. 


Sumber-Berita Harian

Filipina Dilanda Taufan Sebab Roboh Masjid?

By on 21:09

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Pasay City, Manila pada 30 September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 314km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
Taufan Haiyan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan – Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Tukar MyKad Baru, KDN

By on 19:52
(gambar dari berita harian)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia spaya bertukar kepada MyKad yang baru kerana ianya lebih berkualiti tinggi dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi tujuan mengelakkan dari dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antara kelebihan MyKad baru tersebut adalah
  • Cetakan pelangi: memantulkan cahaya pelangi apabila terkena cahaya.
  • Tulisan laser: No MyKad akan dituris melalu laser
  • Perlindungan Anti Salinan: Lambang Multimedia Corridor
  • Imej Turisan Laser: Gambar ke-2 pemilik MyKad
  • No MyKad dituris dengan laser di gambar pemilik MyKad untuk mengelaj myKad ditoreh.
  • Sinaran Ultra Ungu (UV): MyKad mempunyai pelbagai variasi warna apabila di terkena cahaya.
  • Cip kapasiti: 80 mb
Di harap penambahbaikan terhadap MyKad baru ini dapat mengurangkan berlakunya pemalsuan kad pengenalan negara kita dan dapat melindungi maklumat peribadi yang terdapat di dalam MyKad kita.

Sudahkan anda bertukar kepada MyKad baru? Sila kongsikan bersama kami. 


Siasat Gambar Lucah Pelajar, JAIP

By on 02:45
Gambar lucah pelajar yang dimuat naik ke dalam facebook.

Apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Sampaikan sanggup tayang aurat dan aib sendiri untuk tatapan rakan-rakan di facebook dan mungkin juga ahli keluarga masing-masing. Cuba bayangkan betapa malunya ibu-bapa kedua belah pihak tersebut jika melihat gambar yang dimuat naik oleh pelajar tersebut.

Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) perlu menyiasat perkara tersebut berikutan penyebaran gambar lucah sepasang pelajar di universiti negeri tersebut. Gambar tersebut di muat naik ke facebook melalui profil pelajar perempuan tersebut, dan dipercayai dimuat naik semasa berada di sebuah pusat peranginan di sekitar Pahang.

Di katakan juga mereka ada mencabar kewibawaan JAIP, dan melalui kesalahan tersebut, mereka mengatakan denda RM3000 oleh JAKIM tidak dapat menghalang mereka dari terus membuat maksiat.

Ingin berkongsi maklumat? Sila kongsikan di ruang komen di bawah.




KWSP Raih RM10.11B Suku Ke-3 2013

By on 02:18

Meningkat 44 peratus suku ketiga didorong pasaran ekuiti

Berita Harian - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan RM10.11 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 44 peratus daripada RM7.02 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. 

Berikutan pencapaian itu, pendapatan pelaburan terkumpul yang diraih pengurus dana pencen itu bagi tempoh sembilan bulan tahun ini ialah RM24.87 bilion, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi daripada RM22.42 bilion pada tempoh sama tahun lalu. 

Pada suku pertama lalu, KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan RM5.6 bilion. Pendapatan pelaburannya pada suku kedua pula ialah RM9.16 bilion. 


Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pencapaian kukuh yang dicatatkan pada suku ketiga itu didorong terutama oleh pengukuhan pasaran ekuiti tempatan dan luar negara serta peningkatan ketara jumlah dagangan. 

Beliau berkata, KWSP juga menerima manfaat daripada bayaran dividen lebih tinggi daripada syarikat senaraian awam yang dilaburnya berikutan pencapaian mereka yang kukuh. 

Dalam tempoh suku dikaji, pelaburan dalam ekuiti terus menyumbang pendapatan lebih tinggi kepada KWSP, iaitu sebanyak RM5.71 bilion, naik RM3.37 bilion berbanding RM2.34 bilion dalam tempoh sama pada 2012. 

Pendapatan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur pula naik kepada RM429.16 juta berbanding RM54.62 juta pada suku ketiga 2012, meneruskan pertumbuhan kukuh yang dijana segmen itu sejak suku pertama tahun ini. 
Shahril Ridza berkata, pendapatan lebih tinggi daripada pelaburan dalam ekuiti itu membantu mengimbangi penurunan pendapatan daripada pelaburan dalam pinjaman dan bon yang berjumlah RM2.28 bilion, lebih rendah berbanding RM3.06 bilion pada suku ketiga 2012. 

Penurunan itu, katanya sejajar dengan kemerosotan dalam hasil bagi bon dan pinjaman matang yang dilaburkan semula dan pendapatan tinggi yang diperoleh pada suku ketiga 2012 berikutan urus niaga sekali saja yang tidak berulang pada suku ketiga 2013.


Berita Harian

Tuesday, 26 November 2013

Hasrat PAS Bermuzakarah, Umno Wajar Beri Respons Positif - Muhyiddin

By on 08:17
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno wajar memberi respons positif terhadap usul PAS untuk bermuzakarah dengannya seperti disuarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden Umno itu berkata PAS boleh mengemukakan secara rasmi menjelaskan maksud muzakarah itu, sama ada membincangkan hal berkaitan Islam sahaja atau yang lebih besar dari itu.

Jika perkara itu dapat disampaikan, Umno akan meneliti kandungan topik khususnya untuk kepentingan umat Islam dan negara, katanya mengulas hasrat presiden PAS itu.

"Kalau tujuan untuk wujudkan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam yang didokong oleh Umno dan PAS, manfaat ada untuk Islam dan negara, saya kira satu langkah yang wajar dan kita harus beri respons yang positif," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendirian ini selepas menutup Latihan Amal Krisis Siber Negara 2013 (X-Maya 5) di sini Selasa.

Muhyiddin menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam Ahad lalu sebagai kenyataan yang ikhlas.

"Kalau hal itu baik, lagi cepat lagi baik (dilaksanakan)," katanya.

Abdul Hadi ketika berucap menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah dengan Umno namun terbatas kepada hal ehwal Islam.

Beliau turut menegaskan kerjasama itu adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berharap muzakarah antara Umno dan PAS dapat disegerakan kerana ia memberi kesan positif kepada budaya baharu politik Melayu-Islam.

Yang di-Pertuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya untuk pemimpin kedua-dua parti terbesar mewakili Melayu berlapang dada dalam menangani isu yang menyentuh kepentingan agama dan bangsa.

"Yadim juga menyeru supaya semua pihak menyokong usaha ini kerana permuafakatan sesama Islam adalah tuntutan agama.

"Usaha ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dan hanya mereka yang berjiwa kecil sahaja tidak menginginkan usaha ini dilaksanakan," katanya.

Beliau menambah Yadim menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah itu dan berpendapat kenyataan pemimpin kedua-dua parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar disambut secara positif.

Asyraf Wajdi juga berkata umat Islam sudah mulai jemu dengan polemik kepartian dan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan, hingga ada yang menggadaikan prinsip dan kepentingan agama serta bangsa.

-- BERNAMA

Kang Gary Running Man Datang ke Malaysia Tahun Depan?

By on 08:14

Siapa yang tak kenal dengan Gary? Jum saya kenalkan. Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun yang sering digosipkan bercinta dengan Song Ji Hyo di dalam RM(Running Man) dikatakan bakal menjejakkan kaki dan menemui para peminatnya di Malaysia pada tahun hadapan.
Namun kedatangan Gary ke Malaysia bukanlah sebagai wakil daripada program RM terkenal tersebut, sebaliknya penyanyi rap itu akan tiba bersama teman penyanyi, Gil Seong-jeon bersempena dengan showcase pertama mereka di Asia dengan membawa nama kumpulan duo hip hop Leessang.
Untuk pengetahuan anda, duo hip hop yang dikenali sebagai Leessang ini akan mengadakan Leessang 1st Asia Showcase in Malaysia pada 11 Januari 2014 jam 7 malam bertempat di KWC Fashion Mall. Agak-agak korang pergi tak? Kalau ya sila jawap di ruang komen ya.
Bagi mereka yang meminati Gary dan Gill, anda boleh mendapatkan tiket pra-jualan bermula dari 30 November 2013 dari jam 11 pagi hingga 7 petang di Viva Mall, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari laman Facebook rasmi Leessang untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.
Nak kongsi sesuatu? Sila kongsi bersama di ruang komen.



Malaysia Perlu Banyak Pembangunan Transit

By on 08:05
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) - Perancang bandar, pemaju dan pengendali pengangkutan awam Malaysia, harus bekerjasama untuk menawarkan pembangunan berorientasikan transit (TOD) di negara ini.

Kuala Lumpur adalah bandar raya yang telah lama maju tetapi tidak menerapkan konsep TOD, dan oleh itu ia kini menghadapi cabaran dalam perancangan melancarkan jaringan pengangkutan awam berskala besar yang termasuk transit aliran massa (MRT), kata penceramah di Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan MRT di sini hari ini.

TOD merujuk kepada kawasan kediaman dan komersil bercampur yang direka bentuk untuk memaksimumkan akses kepada pengangkutan awam, dan biasanya menggabungkan ciri-ciri untuk menggalakkan penumpang transit.

"Untuk mereka bentik TOD yang menarik, keadaan tempatan harus diambil kira. Di Malaysia, cuaca tidak sesuai untuk orang ramai berjalan jauh, sebagai contoh, apabila berhenti di perhentian bas dan berjalan ke pejabat," kata Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, pengerusi eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd.

Scott Dunn, Naib Presiden Pembangunan AECOM Malaysia turut berkongsi sentimen yang sama.

TOD itu boleh membantu sesebuah banda raya meningkatkan kecekapan operasinya, mencipta gaya hidup jejak karbon rendah, mempercepatkan proses pembangunan semua kota dan membantu meningkatkan nilai tanah, kata beliau.

Menurut Lee Choy Hin, pengarah urusan G&P Highways and Transportation Sdn Bhd pula, pembangunan Iskandar di Johor adalah contoh yang baik projek Malaysia yang telah menerapkan konsep TOD.

-- BERNAMA

Pemain Bola Sepak Pahang, Ganjaran RM30,000 Seorang Untuk Pegawai

By on 07:58
KUANTAN, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian ganjaran wang tunai RM30,000 seorang kepada pegawai dan pemain skuad bola sepak Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemberian itu sebagai menghargai usaha dan perjuangan skuad Tok Gajah selama 21 tahun sehingga berjaya merangkul piala berprestij itu.

"Kami berharap pemain dapat memanfaatkan pemberian daripada kerajaan negeri ini.

"Jika pasukan Tok Gajah berjaya mempertahankan kejuaraan tahun depan, InsyaAllah kita mungkin akan menggandakan ganjaran dua atau tiga kali ganda daripada yang diberi hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan malam dan ramah mesra bersama pasukan itu di sini.

Turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammmad Safian Ismail dan pemain-pemain pasukan Pahang.

Dalam pada itu, Adnan turut memuji semangat juang dan disiplin tinggi pasukan itu sehingga berjaya merangkul kejuaraan itu.

Tengku Abdul Rahman pula yakin pasukan Pahang akan mempamerkan mutu permainan lebih baik pada musim akan datang.

-- BERNAMA